Apa itu VRS?
Video Relay Service (VRS) atau perkhidmatan perantaraan video ialah untuk orang Pekak mendapatkan perkhidmatan jurubahasa isyarat secara menggunakan internet.
Anda boleh menghubungi orang bukan pekak dan berbual dengannya menggunakan bahasa isyarat melalui perkhidmatan jurubahasa isyarat di VRS ini.
Informasi
Perkhidmatan VRS ini hanya peringkat percubaan dan perkhidmatannya adalah terhad.
Bagaimana cara menggunakan VRS?
1. Anda hendaklah mempunyai akaun di SKYPE.
2. Jika belum sila download dari www.skype.com dan ikut arahan.
3. Sila daftarkan nama anda dalam akaun SKYPYE.
4. Sila ADD CONTACT jurubahasa di bawah ini :
- Wan Zuraidah
- hafidah awaludin
- CT Zubaidah
Cara Menghubungi Jurubahasa Isyarat melalui VRS
1. Buka SKYPE anda.
2. Klik mana-mana jurubahasa isyarat yang ada online. Sekiranya jurubahasa tidak online, anda boleh menghantar sms kepada jurubahasa memaklumkan permohonan VRS anda.
3. Berikan JBI telefon nombor yang anda mahu hubungi, no telefon hendaklah dalam negara sahaja. Panggilan ke luar negara adalah tidak dilayan.
4. Urusan VRS adalah untuk urusan rasmi dan jurubahasa isyarat ada hak untuk menolak permohonan anda sekiranya tidak sesuai.
5. Dilarang menggunakan VRS untuk berbual atau chat dengan JBI.
6. Sebarang keputusan yang dibuat adalah muktamad dan pihak MFD tidak bertanggungjawab atas kesulitan yang berlaku.
|