****JavaScript based drop down DHTML menu generated
by NavStudio. (OpenCube Inc. - http://www.opencube.com)****
PERASMIAN PUSAT KOMUNIKASI ORANG PEKAK MELAKA KE-5
26 Jun 2009, Bachang – Pusat Komunikasi Orang
Pekak (PUSKOM) Melaka merupakanyang ke
5 selepas PUSKOM di Puchong, Johor, Kelantan, dan Pahang. Perasmian PUSKOM Melaka
telah disempurnakan oleh wakil Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan,
Perpaduan dan Belia & Sukan Negeri Melaka, Encik Patmanathan dan wakil
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, En. Ismail.
Turut hadir ialah Presiden Persekutuan Orang
Pekak Malaysia, En. Mohamad Sazali Shaari serta Presiden Orang Pekak Negeri
Melaka, En. Mohd Hassan Johar, Presiden Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang,
Chung Kim Cheong, Presiden Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT), En. Tengku
Harris, Presiden Persatuan Orang Pekak Pahang, Encik Ting Tuck Chen, Presiden
Persatuan Orang Pekak Kelantan, En. Razani Ramli, Penyelaras PUSKOM En. Mohd
Yazid Bain, dan seramai 200 hadirin iaitu ahli MFD ahli-ahli POPNM, Pelajar
Pekak Sekolah Kebangsaan Menengah Tun Mutahir dan peserta PPK.
Mesyuarat Ahli Majlis MFD Ke 26 di Melaka
26 Jun 2009, Bachang – Mesyuarat Ahli Majlis
MFD Ke 26 yang di pengeruskan oleh Encik Mohamad Sazali Shaari, Presiden MFD telah
berlangsung pada jam 2:45 petang bertempat di PUSKOM Melaka selepas
perasmiannya pada sebelah pagi.
Semua Ahli Majlis MFD termasuk Wakil Tetap dan
Ex Officio dari Bahagian Pendidkan Khas serta pemerhati hadir di mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan meluluskan projek, membuat
beberapa keputusan bagi membangun dan memajukan orang-orang pekak di
Malaysia.Mesyuarat.
Mesyuarat tersebut telah ditangguhkan pada jam
7:00 malam dan telah bersama-sama untuk makan malam di Gerai Asam Pedas.