01/22/2010:
Lim Yau Yi dan Beh Hui Yun terpilih ikut program YES
Mengiringi dua orang Pelajar Pekak Ke Amerika Syarikat
Oleh Goh Soo Leng
Pada 13 Januari 2010, 2 orang pelajar Pekak
bersama 44 pelajar bukan Pekak meninggalkan Malaysia untuk menjadi ‘Duta Kecil’
di Amerika Syarikat. Mereka adalah kumpulan pelajar yang telah dipilih dibawah
program ‘Youth Exchange and Study’ (YES) tajaan ‘Department of State’ Amerika
Syarikat. Mereka yang bertuah ini terpilih dari kalangan lebih 100 orang
pemohon yang lain yang dikendalikan oleh Antarabudaya Malaysia (AFS Malaysia).
Beh Hui Yun (Sekolah Menengah Kebangsaan Desa
Perdana, Kuala Lumpur) dan Lim Yau Yi (Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau
Pinang) bakal mengharungi kehidupan bersama ‘keluarga angkat’ di Amerika
Syarikat selama 6 bulan. Tetapi sebelum itu, mereka akan berhadapan dengan 2
orientasi sebagai persiapan dalam memulakan kehidupan baru di sana.
Dari 13 – 15 Januari 2010, semua pelajar
menghadiri sesi orientasi anjuran AFS Amerika Syarikat di 4H Convention Centre,
Maryland. Sepanjang sesi dijalankan, semua pelajar diberi pendedahan mengenai
kehidupan di sana. Pelajar juga dibawa melawat Bandaraya Washington DC seperti
ke Lincoln Memorial, Jefferson Memorial, Capitol Hill dan Union Station.
Selesai sudah orientasi, semua pelajar
berangkat ke destinasi masing-masing kecuali 2 orang pelajar Pekak yang akan
menghadiri satu lagi sesi oriantasi di Eugene, Oregon yang khas diadakan untuk
semua pertukaran pelajar AFS yang OKU. Terdapat 4 orang pelajar Pekak (1 dari
Filipina dan 1 dari Pakistan termasuk 2 dari Malaysia), 2 orang pelajar cacat
anggota (1 dari Thailand dan 1 dari Bangladesh) serta 2 pelajar buta (
kedua-duanya dari Turkey).
Di Eugene, semua pelajar diketengahkan dengan
hak-hak dan keperluan sebagai OKU. Mereka juga dibawa melihat aksesibiliti dan
perkhidmatan untuk OKU yang terdapat di Eugene. Antara tempat yang telah kami
lawati adalah Sheldon High School, University of Oregon, Regional Sports
Centrer dan Valley River Center Mall. Hari Memperingati Martin Luther King Jr
juga kebetulan jatuh pada hari semua pelajar berada di Eugene, Mobility
International USA (MIUSA) yang bertanggungjawab dengan orientasi ini telah
membawa semua peserta berarak bersama-sama dengan orang lain termasuk OKU.
Pada penghujung program, semua pelajar
diberikan sijil penyertaan pada majlis penutup.
Bersama Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
Bergambar beramai-ramai sebelum perarakan Hari Menmperingati Martin Luther King, Jr
Lim Yau Yi (kiri) pelajar Pekak dari Malaysia memberi idea semasa hari Orientasi di Washington D.C.
Beh Hui Yun (kiri) pelajar Pekak dari Malaysia turut serta dalam sketsa mengenai hak OKU di Eugene, Oregon