02/27/2010: Mesyuarat Ahli Majlis MFD ke-28 di Pulau Pinang


Mesyuarat Ahli Majlis MFD ke-28 diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang



Pulau Pinang - Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Ahli Majlis (AM) MFD yang ke-28 dan telah diadakan pada 27hb Februari 2010 lalu.

Mesyuarat AM MFD kali ini telah dihadiri oleh wakil-wakil tetap Persatuan Orang Pekak Negeri-Negeri yang bergabung dengan MFD iaitu Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK), Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT), Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA), Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO), Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-Anak Pekak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PESIBA). Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka (POPNM) dan Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA)
. Persatuan Jurubahasa Isyarat (MyASLI) juga menghantar wakil mereka.

Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang juga turut hadir di Mesyuarat tersebut.


Mesyuarat AM kali ke 28 ini telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang bertempat di Batu Uban.

Di malam 26hb Februari 2010, PDA telah berbesar hati mengadakan majlis BBQ untuk menyambut kedatangan wakil-wakil tetap ke Mesyuarat AM kali ini. Majlis BBQ ini telah diadakan di perkarangan Pusat Komunikasi Orang Pekak Pulau Pinang bertempat di No. 35, Lorong Bertam, 10400 Pulau Pinang. PUSKOM Orang Pekak Pulau Pinang akan dirasmikan pada 7hb Mac 2010 ini.


Setelah majlis BBQ, diadakan pula perjumpaan dan perbincangan diantara ahli-ahli majlis MFD dengan Exco PDA.

Majlis BBQ pada malam 26hb Februari 2010


Presiden PDA, En. Chung Kim Cheong menunjukkan
kepakaran beliau memanggang ayam

Menjamu selera bersama-sama

Perjumpaan diadakan selepas majlis BBQ antara ahli-ahli
majlis MFD dengan Exco PDA

Perjumpaan diadakan selepas majlis BBQ antara ahli-ahli
majlis MFD dengan Exco PDA

Perjumpaan diadakan selepas majlis BBQ antara ahli-ahli
majlis MFD dengan Exco PDA