Perasmian
Pusat Komunikasi Orang Pekak (PUSKOM) Pulau Pinang pada 7hb Mac 2010
Pulau Pinang-Pusat Komunikasi Orang Pekak (PUSKOM) yang ke-6 dibawah pengurusan Persekutuan
Orang Pekak Malaysia (MFD) telah selamat dirasmikan di Pulau Pinang pada 7hb
Mac 2010.
PUSKOM Pulau
Pinang ini adalah yang ke-6 dirasmikan selepas PUSKOM Puchong, Selangor, PUSKOM
Johor, PUSKOM Kelantan, PUSKOM Pahang dan PUSKOM Melaka.
Pihak CIMB
Group juga telah bermurah hati menaja PUSKOM Pulau Pinang.
Seramai 170
orang telah hadir di hari perasmian tersebut termasuk ahli-ahli Persatuan Orang
Pekak Pulau Pinang (PDA) dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Pulau Pinang.
YB Tuan Ng
Wei Aik ADUN Kawasan KOMTAR yang mewakili YB Phee Boon Toh, Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang
telah berbesar hati merasmikan PUSKOM Pulau Pinang.
Selain
YB Tuan Ng Wei Aik, tetamu-tetamu kehormat yang turut serta hadir di majlis
perasmian tersebut ialah Dato’' Saleena Yahaya Isa (Penasihat PDA), En. Mohamed
Sazali Shaari (Presiden MFD),En. Chung
Kim Cheong (Presiden PDA), En. Stephen Leow Liang Huat (CIMB Group), En. Abdullah
Hanafi (Wakil Pengarah JKM Pulau Pinang), En. Riduan Marikan (Wakil YDP Majlis
Perbandaran Pulau Pinang), Pn. Yeoh Soo Wah (Jabatan Pendidikan Khas JPNPP), En.
Ng Swee Guan (BPK Pulau Pinang), En. Chew Tuck Seng (CIMB Branch Batu Feringgi),
En. Asmadi Zulkifli Ibrahim (PKMD Timur Laut), En. Mohd Faruk Abd Rahman dan Pn.
Normala Mohamed (Pengetua Sek. Men. Pend. Khas Persekutuan PP).
PUSKOM ini adalah yang
berkaitan dengan kehendak dan keperluan
orang Pekak untuk mendapatkan sumber maklumat berhubung dengan hak-hak
kebajikan mereka seperti memohon kerja, bantuan juru bahasa Isyarat, pusat
maklumat, pembelajaran, latihan dan
sebagainya.
Semoga adanya PUSKOM Pulau Pinang (PUSKOM) dapatlah memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan sempurna.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir
Tetamu kehormat dan sebahagian para hadirin di hari perasmian tersebut
Rasminya PUSKOM Pulau Pinang
Sebahagian daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas PP yang hadis sama.
Demonstrasi VPAD oleh En. Mohamed Sazali Shaari
Salah satu program yang dijalankan di PUSKOM Pulau Pinang