03/01/2010:
Kem Motivasi dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Pendidikan Khas SMK Ibrahim Fikri
Kem Motivasi dan Kecemerlangan Akademik Pelajar Pendidikan
Khas Masalah Pendengaran
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Terengganu sekali
lagi menjemput Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk memberi galakkan
dan motivasi kepada pelajar-pelajar Pekak sekolah itu di Kem Motivasi dan Kecemerlangan
Akademik Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kem kali ini diadakan di
Angullia Resort Hall, Marang selama 3 hari dari 1 hingga 3hb Mac 2010. Seramai
37 pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan telah menyertai kem tersebut.
MFD telah menghantar 5 orang Pekak dan 2 jurubahasa
isyarat untuk menjadi fasilitator kem tersebut iaitu Cik Nur Zahirah Md. Noor, Cik
Noor Arishawani Noor Adzmy, Cik Affifah Abdul Rais, En. Farhan Kamarzaman dan
En. Benny Liew Tim Choy. Jurubahasa Isyarat pula ialah Cik Darmah Abdullah dan En. Khalid Abdul Walid.
En. Farhan dan En. Benny pernah dipilih untuk menyertai
Program YES (Youth Exchange and Study) di bawah tajaan kerajaan Amerika
Syarikat dan dikendalikan oleh Antarabudaya Malaysia (AFS Malaysia).
Kem Motivasi dipenuhi dengan aktiviti dan ceramah untuk
membuka minda para pelajar Pekak untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan
dalam pembelajaran mereka.
Majlis penutupan kem telah dirasmikan oleh Ketua Sektor
Pendidikan Khas dan Swasta Jabatan
Pelajaran Terengganu, Tuan Haji Ngah Bin Bidin
Pelajar-pelajar lelaki yang menyertai kem tersebut
Pelajar-pelajar perempuan yang menyertai kem motivasi tersebut
Mendengar taklimat aktiviti
Aktiviti untuk merangsang minda dan kerjasama
En. Farhan dan Cik Noor Arishawani sedang memberi ceramah motivasi
Salah satu kumpulan sedang memberi penerangan hasil kerja mereka